Wednesday, June 16

86 .

Siapa tengok Sinetron Benci Bilang Cinta? Haaaa. Sinetron ni baru episod 15 dekat Astro Ria (11 Jun 2010). aku tak surelah tengok ke tak episod first dia sebab masa akutengok je dah terus pasal Winda yang dilakonkan oleh Marshanda tu terpaksa kahwin dengan Dimas Subekti, yang dilakonkan oleh Baim Wong. Dimas Subekti tu anak orang kaya, pemilik perniagaan/perusahaan stesen televisyen, DTV. Keluarga Winda ni pulak susah, so satu hari tu pemungut hutang datang and ambil barang-barang dalam rumah dia, haaa masa tu lah Winda kena paksa kahwin dengan Dimas. Mula-mula dia tak nak, tapi bila tengok ayah dia kena pukul dengan pemungut hutang tu, dia pun setuju T___T

perangai Winda tu pelik, biasalah perempuan kampung kan. Dia macam jakun, lepas tu macam suka buat kecoh. heehee. Tapi aku suka tengok dia dressup, baju semua warna warni, stokin dia pun warna warni, eiii comel.

dimas subekti benci bilang cinta

Dimas ni pulak sebenarnya dah ada girlfriend, Claudia yang dilakonkan oleh Kirana Larasati. Tapi masa Dimas ajak Claudia tu kahwin, Claudia tu tak nak pulak. Sebabkan Dimas ni orang terkenal and orang penting dalam keluarga Subekti tu, dia kena kahwin jugak. Haa maknanya, Dimas terpaksa kahwin dengan Winda, Winda pun kena paksa kahwin dengan Dimas T______T Masing-masing tak suka, tapi kahwin jugak. So, diaorang buat perjanjian, kahwin kontrak. haihhh sayang sayang haha .

Kalau tengok Baim Wong ni berlakon dalam sinetron Benci Bilang Cinta ni, memang macam sakit hati. Dia selalu cakap Winda tu ‘gadis kampungan’. aku rasa macam jahat gila dia. Kasihan Winda sebab selalu rasa terhina. Tapi nasib baik Winda ni jenis perempuan yang happy go lucky, so dia macam tak kisah.

winda benci bilang cinta

Tapi perasaan ‘tak kisah’ tu sekejap saja T______T Sekarang dia dah mula jatuh hati dengan Dimas. Dia selalu cuba nak berbaik dengan Dimas. Dia selalu macam nak peluk Dimas dari belakang sebab dia kata selalu tengok dalam movie, orang putih buat macam tu. Hihi. Comel okay sebab macam baru nak jatuh hati padahal dah kahwin. Tapi diaorang tak duduk satu bilik. Dimas bilik lain, Winda bilik lain T_____T

Ehem ehem, tapi aku suka sangat bila Dimas macam dah mula sayang Winda, bila Aditya (sepupu Dimas, anak kepada Anyelir) macam rapat dengan Winda, dia macam cemburu. Yahooooo.

claudia benci bilang cinta

Tapi, Claudia ni jahat. JAHAT SANGAT. Dia macam nak ambil balik Dimas padahal Dimas dah cakap “Jangan ganggu aku lagi, aku dah punya isteri, aku juga enggak mahu memalukan keluarga aku dengan berbuat curang sama orang lain”. Err, lebih kurang gitulah ayat dia hehehe aku bukannya tahu sangat ayat Indonesia ni. Claudia ni pandai, dia macam bijak untuk lembutkan hati Dimas, dia cuba pikat balik dengan cara menangis depan Dimas. Lepas tu pulak, dia macam rancang dengan Anyelir (emak saudara kepada Dimas), sebab Anyelir tu nak harta keluarga Subekti, so dia macam gunakan Claudia untuk porak perandakan keluarga Subekti.

Yang penting kita semua kena tengok sampai episod akhir Benci Bilang Cinta ni, sebab kita semua mestilah harapkan Winda dengan Dimas saling mencintai kan? Siapa yang belum follow sinetron ni, jom lah kita tengok sama-sama, best tau.

Benci Bilang Cinta

Selasa-Jumaat, Astro Ria
Masa: 6.30pm-7.30pm
Ulangan pertama: 1pm-2pm
Ulangan kedua: 11pm-12pm

sekian terima kasih :DD

No comments:

Post a Comment